February 25, 2011

kisah benar:copycat

hiasan entri semata mata :)
salam sejahtera semua
tajuk macam nak apa je kan.sebenarnya, nak cerita pasal satu kisah benar ni.benar tau, bukan olok olok!
baru baru ni ada bermesej dengan jiran lama time kat flat kastam dulu, takdelah lama sangat kan.then dia bgthu yang krisis masih belum selesai lagi malah brtambah teruk.krisis hanya pasal ni lah, COPYCAT.



okay, takthu nak start dari mana.sbb aku tahu pun time tu dah kritis jugak lah.mana tak nye, sampai nak pindah randah segalaa.bila aku dapat dengar dari kedua dua pihak.aku pun still tak dapat nak sabitkan kesalahan kat pihak yang mana.sbb dua dua tak salah, and dua dua ada salahnya jugak.
mangsa copycat ni kira hotsetap lah kt flat aku tu, kalau boleh kt mata orang semua dia nak mcm ni 
--> kau lah trendy kau lah rockstar, kau lah stylish, kau lah gorgeous and segala mcm kau lah kan.hambik semua dia nak lah sng crite.heheee
si tukang copycat pulak, bak kata kina:maybe dia sedang mencari identiti sebenar diri dia kot.haa, dia pegi tiru segala mcm yang ada pada si hotsetap td tu.dh nama hotsetap kan, perangai pun madang nak sentap je(apa aku meraban ni, abaikan).
bila tukang copycat nampak hotsetap pakai ni, dia terus ajak mak dia beli.sebijik sebentuk sewarna sesama pulak tu.naik hot lah si hotsetap tuu.boleh pulak si tukang copycat pegi pakai dgn riak dan megahnya dihadapan mangsa copycat tersebut.sudah terang lagi bersuluh yang dia memang sedang meng-copycat.dan ianya menjadi habit tukang copycat untuk membeli serta memakai apa sahaja yang si hotsetap pakai.sampailah satu saat, dia dipulau oleh sebilangan penghuni flat tersebut disebabkan meng-copycat si hotsetap.spe tak sedih kan, kalau dah jiran tetangga buat mcm tu.bukan sehari dua nak hidup kt flat tu, lama kot.tu yang sampai tahap mak bapak masuk campur nak pindah rumah apa semua.yelah, bagi orang dewasa itu perkara remeh sampai nak hukum anak diorang macam tu sekali.
aku pun malas nak side mana mana pihak, dua dua ada salah dan betulnya.kalau aku kat dalam kasut si mangsa pun aku akan rasa marah.kalau aku kat dalam baju si tukang pun aku akan jugak rasa nak marah.
so, senang cerita takpayahla nak HOT sangat kan.biasa biasa je sudah.macam aku ni ha.cehh.aku ni selebet je kot, tak up to date, tak setail, tak BANDAR lah senang cerita.orang TELUK INTAN je kot, orang HULUU wehh.orang gila je nak copycat aku, tu pun kalau ada.heee
pada yang nak meniru tu, janganlah obvious sangat yang anda sedang meniru.sama jugak konsep masa meniru time periksa, mestilah nak kena kalis kalis kan.janganlah masukkan diri anda kedalam lobang yang yang gali(gali gali gali, gali lobang)
berdasarkan pengalaman aku yang dah 18tahun lebih hidup ni lah, aku rasa orang ramai sangat tak suka perbuatan copy copy cat ni.bagi aku macam takde life.tapi, pokok pangkalnya berdasarkan niat.sebab orang yang ditiru tu forsure lah dia pun tiru orang lain.designer yang terkenal pun ada copy sikit sikit dari fashion lama lama, pembikin lagu dan filem pun lebih kurang sama.lainlah kalau orang yang tiru tu meniru sebab dia nak jadi orang tu, dia nak apa orang tu ada.tu dia patut fikir baliklah kan.apa yang terbaik adalah jadi diri sendiri.no need to be others sbb nanti akan beri impak pada diri sendiri walaupun sedikit.
itu sahaja :) bye bye, salam.



No comments:

Copyright Hakcipta terpelihara serta terpulihara AKUDANDIA